Misteri

Misteri

Wednesday, 17 September 2014

Cerpen Hari Ini ...

PERGI DAN HADIRNYA CINTA :)

       Kenangan demi kenangan terukir dalam diri ini. Masih banyak lagi kenangan yang aku perlu lukiskan buat kamu.
       Kring !! Kring !!
       Panggilan membuatkan aku terhenti termenung. Aku terhenti senyuman tatkala aku mengangkat ganggang telefon.
      "Fatin, aku harap kau bersabar ya . Ikhmal dah tak ada,"
Tersentap aku ketika itu mendengar Naam mengungkapkan kata sedemikian.
       "Kau biar betul? Aku dengan dia nak jumpa petang ni.Janganlah main-main Along,"tiba-tiba titisan air mata mula menitis ke pipi.
        "Kau dekat mana?Nanti aku datang,"
        "Aku dekat Hospital Teluk Intan,"
        "Ya Allah apa lagi cubaan yang kau berikan padaku? Adakah itu hanya mimpi semata-mata?"air mata masih menjurai membasahi pipi ini.
         Lantas aku terus menggapai tudung bawal hitamku dan mencapai kunci kereta di meja makan dan terus bergegas ke hospital untuk melihat Ikhmal.
         Sejurus aku sampai ke hospital aku melihat ramai orang menggerumi katil Ikhmal.Aku memperlahankan gerak langkahku untuk memastikan itu benar-benar Ikhmal.
         Tiba-tiba aku dipeluk mak Ikhmal.
         "Ikhmal dah tak ada ,Fatin,"
         Terdengar sahaja apa yang mak Ikhmal katakan aku terus terjatuh dengan titisan air mata.Waktu itu aku mula rasa bermacam-macam perasaan bermain dihati.
         "Ya Allah dia baru sahaja menyatakan hasratnya ingin melamar diriku,kenapa kini Kau mengambilnya dari diriku?Apa dosaku, Ya Allah?"
         Ketika itu aku merasakan diri ini gelap gelita tanpa cahaya.Hati ini mula sentap seperti kaca yang pecah berderai.Persoalan yang bermain dilegar fikiranku mula menguasai diri.Mampu ke hidup ini terus tersemangat tatkala Ikhmal sudah pergi dari sisiku ini.
         Setelah tahun lamanya aku hilang cinta, hari ini seorang jejaka tiba-tiba muncul dalam hidup aku.Ketika itu aku terus ingin mengenali dirinya.Seorang lelaki berbadan sasa dan mantap yang aku kenali dengan nama Caan banyak persamaanya dengan arwah Ikhmal.Perwatakan dan sikap Caan yang ditonjolkan seiras dengan Ikhmal.
         Bila aku mula mengetahui tentang diri Caan diri aku mula menyimpan perasaan cinta dan sayang pada dirinya.Saat itu aku tertanya sama ada Caan juga memiliki perasaan yang sama seperti mana perasaan aku terhadapnya.
         Hari ini merupakan hari pertama aku berjumpa dengan Caan.Macam-macam perasaan bermain dihati dan fikiran aku.Mula-mula aku rasa takut tapi bila aku mula merasakan selesa berada dalam pelukannya aku merasakan aku tidak ingin lepas dari dakapannya.Tiba-tiba Caan menyatakan sesuatu.
        "Awak,sebenarnya saya sudah mula jatuh hati pada awak,"pengakuan yang dibuat Caan.
        Sewaktu Caan meluahkan perasaannya pada aku bibir ini melukiskan senyuman yang lebar.Ketika itu aku merasakan dunia ini seperti syurga yang harum dan indah.
        "Kenapa awak menangis ini? Saya ada buat salah ke?"
         Ketika itu aku hanya menggelingkan kepala.Waktu itu aku menangis kerana aku sebak kerana masih ada lagi yang menyayangi diri ini selain arwah Ikhmal.
        "Saya berharap awk tidak meninggalkan saya,"
         Permintaan Caan hanya aku balas dengan mengangguk kepala.
        "Ya saya janji saya tak akan tinggalkan awak,Caan,"
         Waktu itu cuma Allah sahaja yang tahu perasaan gembira ini.Aku seperti tak sangka seorang lelaki yang bergaya dan memilik perwatakan masih aku miliki.
         Walaupun dia memiliki perwatakan yang hampir sama dengan Ikhmal itu tak bermakna aku mudah melupakan arwah yang sungguh baik dengan aku.
         Setiap hari aku dan Caan berbalas mesej ringkas.Ketika itu cuma Allah sahaja yang tahu betapa rindunya aku pada Caan.Aku ketika itu berharap dia pun merindui diri ini.
         "Sayang , Abang cadang nak hantar rombongan meminang sekaligus ikatkan tali pertunangan kita,"
         "Ya Allah terima kasih Kau sudah kirimkan aku lelaki yang benar-bnar ikhlas mencintai diri aku. I never taught that i will get the best man like Caan. Walaupun dia pengganti arwah Ikhmal tapi dia tetap diri dia,"
        Cuma itu yang bermain difikiranku.Sudah tidak tahu inginku ungkapkan apa lagi selain ucapan terima kasih .
        "Sayang dengar tak apa abang cakap?"
        "Ya sayang dengar , abang,"
        Every single of my day , i always hope semoga hubungan kami berakhir dengan kebahagiaan.
        Hari pertunangan tiba.Ketika itu Caan hanya berbajukan kemaja dan seluar jeans.Aku terharu dengan suasana indah ketika itu.Selepas upacara tamat,Caan menghampiri diriku dan berbisik pada telingaku
          "I LOVE YOU , sayang,"
          Tiba-tiba aku menitiskan airmata mendengar tiga perkataan itu.Aku terdiam dan terkedu tanpa sepatah kata.Malah cuma senyuman sahaja yang terlakar diwajah aku ini.
          "Every day i will make you happy and always smile,"
          "Insha-Allah,"
           Percintaan ini ditamatkan sehinggalah kami bahagia sehingga ke jinjang pelamin dan memdapat cahaya permata yang sangat comel dan lucu......
\

No comments:

Post a Comment