Misteri

Misteri

Friday, 19 September 2014

CINTA ATAU KERJAYA

Cerita Hari ini ...

CINTA ATAU KERJAYA ...

         Tak semua apa yang kita miliki akan dapat suatu hari kelak . Tapi saya masih rasa bersyukur kerana dengan kurniaan yang Allah turunkan pada aku kini aku menjadi insan yang paling bahagia . Malah kini aku merasakan diri ini tidak memerlukan cinta kerana kasih dan sayang yang aku terima dari harta yang paling aku hargai di dunia dan di akhirat kini sudah cukup memadai untuk aku meneruskan kehidupan . Datuk , ayah , saudara mara , sahabat andai , dan semua orang yang berada disekelilingku sudah cukup untuk aku terus melangkau kehidupan dihari-hari hadapan .
        "Sudahlah , Fatyn . Lupakan segala yang pahit . You will get a much better person in this world,"
         Lamunan aku terhenti disaat papa memberi nasihat . Disaat itu aku hanya mampu  menahan titisan airmata sahaja . Malah dengan nasihat itu aku terus mengenggam seribu impian dan menjadikan segala masalah yang berlaku dalam hidup aku sebagai tanda semangat untuk aku perbetulkan .
         "You already have your own career , sayang . Jangan lepaskan segalanya semata-mata  masalah yang temeh . Papa yakin dengan awak , sayang . I know you can go further if you struggle . I always pray to God only for my little princess,"kekuatan dan keyakinan papa berikan pada aku Insha-Allah aku pasti akan berjaya.
         "Yes , pa . What have you said is truth . Maybe my luck is waiting at United State . I will be the best for you , pa . That's my promise,"
         Janji seorang anak kepada orang tuanya sekiranya kita yakin dengan diri sendiri . Maka aku confident dengan diri sendiri untuk aku terus berjaya menamatkan pelajaran di United nanti . Kejayaan yang bakal aku tempuhi ini bakal aku buktikan yang aku mampu berjaya dengan cemerlangnya .
         Semakin dekat dengan hari keberangkatan aku ke United aku merasakan hati semakin resah . Mungkin itu cuma perasaan sahaja . Aku berharap tiada apa yang bakal terjadi sewaktu ketiadaan aku di bumi Malaysia ini .
         "Princess , are you ready ? Jom , nanti lambat pula sampai KLIA,"
          Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja . Malah waktu itu cuma Allah sahaja yang tahu perasaan yang bermainan dihati ini .
           Sepanjang dalam perjalanan aku menuju ke lapangan terbang aku merasakan seperti akan ada sesuatu yang ingin terjadi . Namun aku berharap itu cuma mainan perasaan semata-mata . Malah aku berharap ia bukanlah seperti apa yang ku pinta .
           "Sayang , kenapa diam nie ? Dari tadi papa tengok my princess nie diam je , ada apa-apa ke?"
           Saat papa mengajukan aku soalan aku sendiri pun tak tahu apa sebenarnya aku rasakan . Aku cuma mampu jawab apa yang aku bisa jawab sahaja .
          "Nothing , pa . I'm fine."
          "Are you sure, darling?"
          "Yes,"
           Hanya itu yang mampu aku jawab . Aku tak nak perasaan aku papa tahu . Aku tak mahu papa risaukan aku dengan sikap dan tingkah laku aku kerana kini aku telah berjanji yang aku akan berusaha untuk berjaya menjadi anak yang memiliki kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya .
           Beberapa jam lagi aku akan menaiki kapal terbang . Aku berharap ketika itu Caan akan muncul menghalang aku dari berangkatnya aku ke US . Malah aku mengimpikan yang dia akan melamar aku dengan caranya tersendiri walaupun aku tahu itu tak mungkin terjadi kerana  dia sendiri sudah miliki kebahagiannya bersama insan yang dia sayang .
          "Sayang , ready ? Kita dah nak berangkat nie,"
           Waktu itu aku merasakan hati ini sangat kecewa . Tiba-tiba airmata menitis membasahi bumi .Aku cuba melihat sekeliling namun dia tetap tiada . Ketika itu hati ini sudah nekad yang aku tidak akan berpatah semula . Aku berharap ketika itu aku tidak akan pulang lagi ke Malaysia yang banyak kenangan antara aku dengan Caan .
           Tiba-tiba suatu suara muncul dari satu arah yang aku sendiri tidak pasti dari mana . Malah suara itu memanggil nama aku denngan jelasnya . Dengan segera aku menoleh untuk mencari empunya suara yang sudah memanggil namaku .
           "Fatyn ! Aku cintakan kau !"
            Saat aku menoleh aku melihat diri Caan dibelakang .Aku dengan pantas lari mendakap dirinya yang tegap . Malah aku sempat bisik di telinga kanannya .
          "Aku juga mencintai kau , Caan,"
          Dunia ibarat tersenyap seketika apabila ramai yang memerhatikan adegan kami . Malah aku juga terkejut dengan caranya . Aku sendiri tidak tahu yang dia akan melakukan ini didepan khalayak ramai .
         "Fatyn , Do you will married me?"
         Saat itu perasaan aku terdiam . Perasaan aku mula bercampur baur apabila soalan itu diajukan oleh Caan . Aku gembira dengan lamarannya , tapi aku sedih yang aku akan meninggalkan dia .
        "Yes , I do . But aku kena pergi , Caan . Aku dah janji nak capai kejayaan aku,"
        Ketika itu Caan sedang cuba menyarungkan cincin dijari manisku . Tersenyum aku ketika itu . Malah aku terharu dan sebak melihat dirinya sanggup hadir ke KLIA semata-mata ingin melamar aku . Aku ingatkan dia sudah tidak memerlukan aku .
        "Tak apa . Aku sanggup tunggu kau , Fatyn . Yang penting aku berharap aku dapat hidup semati dengan kau . Sumpah jujur aku katakan yang aku tidak mampu hidup tanpa kau . Hidup aku ibarat tak menentu tatkala kau tiada disisi aku,"jelas Caan
        "Me too . Jika itu yang kau pinta aku ingin hidup semati bersama diri kau,"
        Tiba-tiba papa menyentuh bahu aku . Malah papa hanya mampu tersenyum melihat diri aku gembira dan tersenyum semula dengan cerita ini . Malah papa merestui hubungan aku dan Caan walaupun dirinya hanya insan yang serba kekurangan .
         "Sayang , we need to go . Caan will wait for you after you finished your study , Am I right , Caan ?"
         "Yes , uncle . Itu sudah pasti . Sekarang anak uncle milik saya seorang," sambil mengeyit matanya pada diriku
         Diri aku hanya mampu tersenyum sipu . Hati ini gembira kerana kini aku sudah bahagia memiliki cinta dan selepas ini aku akan memperolehi kejayaan yang aku inginkan dalam jurusan kejuruteraan awam yang selama ini aku tunggukan .

No comments:

Post a Comment